Friday 13 May 2016

Pesawat Terbesar Di Dunia Akan Tiba Pada Hari Sabtu Di KLIA.





Pesawat jumbo Antonov An 225 yang dibina 1988 tahun yang dilengkapi dengan 6 enjin jenis turbofan, 42 tayar dan mempunyai berat 640 tan ini akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8 pagi , esok.

An 225 atau digelar Mriya  yang bermaksud impian dalam bahasa Ukraine ini mampu terbang pada kelajuan maksimum 850 kilometer sejam, dan mempunyai 300,000 Kilogram tangki minyak. dan sayap sepanjang 88 meter.



Pesawat buatan Ukraine ini dikatakan akan singgah sementara di Malaysia untuk mengisi minyak sebelum menyambung perjalanan menuju ke Perth , Autralia.

Dengan saiz pesawat Antonov An 225 ini , KLIA dianggap menjadi lokasi yang sesuai untuk persinggahan julung kali berbanding Changi, Singapura atau Jakarta, Indonesia .

Perbandingan pesawat Antonov An-225 dengan pesawat yang lain .

Betapa besarnya kapal ini !



Kapal Selam pun boleh muat! 

No comments:

Post a Comment