Minggu lepas sebuah demo gergasi untuk menentang penayangan Innocence of Muslim di Youtube, Di Malaysia demo hanya berlaku selama sehari dan selepas itu semua orang kembali ke rumah dan layan video "Rosmah Wanita Iblis" di Youtube tanpa sekelumit ironi di benak hati.
Di Indonesia demonstrasi oleh Forum Umat Islam lebih serius. Jumaat lalu pertubuhan ini melakukan demo di bandar Tasikmalaya, Jawa Barat. Mereka berjaya memaksa cawangan restoran KFC dan McDonalds di bandar ini untuk menutup kedai mereka. Kegagalan menutup akan mengakibatkan keganasan berlaku. Menurut jurucakap Forum Umat Islam, tindakan memaksa penutupan restoran makanan segera ini dilakukan bagi memastikan semua umat Islam di bandar itu tidak akan membeli produk dari Amerika Syarikat. FUI juga berkata mereka mahu pengusaha restoran menutup restoran selama seminggu dan mereka akan memastikan tuntutan mereka ini dipenuhi.
Ini baru demo hardcore. Tak macam di Malaysia dimana ajak-ajak itik sahaja suruh orang boikot melalui Facebook sahaja.
In b4 "Tasikmalaya maling nama Malaya!"
Sega genesis hacks and codes - Videoodl.cc
ReplyDelete› youtube-download › youtube-download youtube to mp3 320 Nov 16, 2021 — Nov 16, 2021 I'm having issues with the Sega Genesis Flashback 2, which is also a game changer! I've installed them, and have a couple of games that I